hcg aku..still lg negatif, dlm history period aku, tak penah plak melebihi sampai 30 hari, so aku dah
start risau...aku ni sakit ke???
Dalam dunia yang serba canggih ni maklumat di hujung jari...so aku dah tau sbb2nye, bila aku melayari
web http://www.baiboo.com.my/expert-blog/malay-confinement/?cid=240. Aku mungkin mengandung dan mungkin jgk hcg aku terlalu rendah sbb tu pregnant test kid tak boleh kesan.
Wanita ni mungkin sama masalahnya seperti aku...
assalamualaikum puan,
soalan saya...
i. Jika mengikut kitaran haid, saya sepatutnya mensus pada 29hb April lepas..tetapi sehingga sekarang 8 Mei masih belum mensus lagi. Tetapi apabila menggunakan Pregnancy Test..(Urine Test) keputusan negatif. Saya keliru kenapa masih belum mensus. Apa sebenarnya penyelesaian kepada masalah saya?
soalan saya...
i. Jika mengikut kitaran haid, saya sepatutnya mensus pada 29hb April lepas..tetapi sehingga sekarang 8 Mei masih belum mensus lagi. Tetapi apabila menggunakan Pregnancy Test..(Urine Test) keputusan negatif. Saya keliru kenapa masih belum mensus. Apa sebenarnya penyelesaian kepada masalah saya?
2. Bilakan masa yang paling sesuai untuk menggunakan ujian kehamilan mksd saya, seperti kes saya di atas, perlukah saya menunggu sehingga 2 minggu untuk menggunakan ujian tersebut semula?
3. Sekiranya masih lagi belum mensus selepas masuk minggu ketiga, dan setelah menggunakan pregnancy test itu, keputusan tetap negatif adakah saya sememangnya tidak hamil atau perlu menunggu beberapa minggu lagi untuk membuat urine test?
Terima kasih..
Ingin Tahu.
Wa'alaikumussalam Hafizah,
1) Haid lewat tapi ujian kehamilan negatif - disebabkan aras hcG dalam air kencing masih rendah. Cuba kurangkan minum air sebelum ujian dan gunakan air kencing pertama waktu pagi sebaik bangun dari tidur untuk ujian kehamilan. Dapatkan strip ujian yang lebih sensitif.2) Pakar mencadangkan ulangi ujian kehamilan pada tarikh haid seterusnya. Dapatkan pemeriksaan doktor di klinik jika ujian masih negatif dan haid masih belum datang.
3) Puan mungkin hamil walaupun berkali-kali uji air kencing dan keputusan negatif. Ia akan menjadi negatif sebaik aras hcG mencukupi untuk dikesan. Buat waktu ini, makan asid folat dan makanan berkhasiat sebagai persediaan. Faridah
No comments:
Post a Comment