Thursday, January 27, 2011

Takdir tuhan...

Suka sekali aku merujuk pada sesuatu bacaan yang amat menarik hati aku, bukan sekadar memotivasikan diri tetapi semakin membuatkan aku mengagumi tentang kekuasaan tuhan. SETIAP PERKARA ADA KADARNYA....(mingguan wanita bil 1419)

Kesedihan akan berakhir dengan kegembiraan, kesengsaraan akan berakhir dengan kebahagiaan, begitulah juga sebaliknya. Setiap yang berlaku pasti ada penghujungnya. Allah juga telah menetapkan suatu perkara pada kadarnya sebagaimana juga kehidupan manusia didunia ini akan berakhir dengan kematian.

Dalam perjalanan hidup ini kita harus menempuh sesuatu yang sudah pun tertulis dan termaktub pada kadar yang tertentu. Kita tidak boleh lari daripadanya dan mengambil perhatian bahawa TIADA SATU PUN DI DUNIA INI YANG KEKAL

Begitulah dengan dunia percintaan ada awal akhirnya sebagaimana aku dan kawan-kawan ku alami. Ada percintaan yang berakhir dengan pernikahan, ada jugak yang kecundang ditengah jalan walaupun sudah lama menyulam cinta. Pastinya kekecewaan itu teramat dalam dan mengambil masa untuk diubat. Tapi itulah hakikat pada kadar yang Allah telah tetapkan bahawa jodoh kita bukanlah disitu. Ingatlah setiap kesakitan itu pasti ada kebaikan melainkan pada orang yang tidak mahu mengakuinya.

Manakala dalam perkahwinan pula, ada juga kadarnya, ada yang berakhir hingga saat menutup mata pada akhirnya ada juga yang bahteranya tersadai ditengah jalan. Apa pun yang berlaku kita mesti menilai pada sudut yang positif. Anggap saja suatu kegagalan sebagai kesilapan yang tidak perlu di ulang pada kadar yang berikutnya. Melihatnya sebagai satu ujian, untuk Allah memantapkan lagi keimanan pada Allah swt.

Sesungguhnya aku amat menyayangi suamiku...walaupun perkenalan kita tidak lama, kerana takdir yang telah tertulis kita akhirnya bersatu..Moga ikatan ini berakhir hingga hujung nyawa... Allah lebih mengetahui

No comments:

Post a Comment